19 July 2017

2x5 dan 5x2 tak sama

2 kali 5 dan 5 kali 2 tak sama

Selalu kita guna istilah 2x5 untuk buat persamaan.
Tetapi sebenarnya 2x5 tak sama dgn 5x2
Contoh: Ada 10 orang kawan nak naik kereta:

2 kereta x 5 orang = setiap kereta ada 5 orang [5+5]
5 kereta x 2 orang = setiap kereta ada 2 orang [2+2+2+2+2]

Jawapan matlamat memang sama boleh bawa 10 orang juga, tapi membazir la 10 orang naik sampai 5 buah kereta, kos minyak jadi 5 kali kena bayar.. haha


Ataupun satu lagi contoh ada 10 barang ingin diposkan kepada penerima yg sama
2 kotak x 5 barang = tiap2 kotak ada 5 barang dan kos pos bayar 2 kali
5 kotak x 2 barang = tiap2 kotak ada 2 barang dan kos pos bayar 5 kali

No comments:

Post a Comment

Anda baik, jangan lupa komen tau!