Panduan pendaftaran pelajar baru UiTM
PERHATIAN: ARTIKEL INI ADALAH BENAR PADA TAHUN 2012, TETAPI BERUBAH BEBERAPA ISI PENTING TAHUN 2013. SILA SERTAI GROUP FACEBOOK UTK BERTANYA SOALAN2 PENTING: https://www.facebook.com/groups/247938448670130
Aku nak cerita sikit walaupun sebenarnya panjang mengenai kehidupan
di UiTM Arau, Perlis ni. Ada banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi ni
baru sikit saja. Nanti kalau rajin aku tambah la.
Jadual kuliah
Bangun ke kelas awal macam pi sekolah tapi paling awal pun kelas
pukul 8pg.Jadual kelas bukannya direct terus, ada juga kosong, contohnya
ada kelas yg mula pukul 9pg, ada pukul 10pg dan sebagainya, kena
tengok jadual juga, kebiasaannya pukul 8pg. Lepas tu rehat pukul 1 tgh
hari, kalau tak ada kelas, rehat pukul 12 ada, pukul 11 pun ada. Masuk
balik kelas pukul 2.30 ptg. Kalau jadual kosong, ada yg masuk pukul
3ptg, ada pukul 4ptg dan sebagainya. Tamat belajar pukul 6.15 habis
lewat, ada yg habis 4.30 ptg, ada yangg 5.30 ptg. Malam pun ada
sesetengah saja yang ada kelas. Setiap kos akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan, nasiblah dapat kelas mana nanti.
Kelas
Kelas sama macam di sekolah saja, ada meja dan kerusi. Tapi papan
hitam tak ada, yg ada papan putih. Dalam kelas tak ada tempat yg tetap,
ikut suka nak duduk di mana2 saja. Tapi meja pensyarah jangan pulak
duduk situ. Kelas pulak tak macam di sekolah, ada tempat yang tetap.
Kelas kat sini berpindah randah, ikut subjek la, dah habis satu subjek
kena pindah kelas lain pulak, nama kelas pulak ikut kod, sebelum masuk
kelas mesti kena tau tempat di mana. Ketua kelas tu tak berapa berfungsi
melainkan untuk fotostat nota saja.
Pakaian
Hari Isnin kena pakai formal, macam orang yang pi kerja pejabat.
Lelaki berkemeja lengan panjang, berseluar slack hitam, bertali leher
dan berkasut hitam atau kasut kulit. Semstinya kena tuck in atau masuk
baju dalam seluar. Perempuan pakai baju kurung la. Hari2 biasa yang lain
pakaian kasual saja, lelaki boleh pakai seluar jeans atau slack, baju
kena masuk dalam walaupun kebanyakan orang tak ikut. Kasut pulak
mestilah bertutup, maksudnya tak boleh pakai selipar la. Perempuan pun
sama jangan pakai ketat dan menjolok mata. Kalau pak guard tahan, nanti
kena saman kalau tak ikut pakaian sahsiah rupa diri! Hari Jumaat ikut
suka hatilah nak pakai baju Melayu atau tak. Perempuan kalau boleh
pakailah tudung untuk tutup aurat. Lagi satu nanti akan dapat kad
pelajar atau orang panggil kad matrik, kad ni kena selalu pakai kalau
nak pi mana2 walaupun ramai yang tak ikut. Kalau tak pakai pun boleh
kena saman.
Makan
Makan kena beli sendiri la, suka hati nak makan kat kedai atau
bungkus makan dalam bilik. Kedai makan dalam tu ada banyak pilihan,
pilih saja yang murah2. Kalau nak kedai sedap tu mahal la sikit. Harga
dia pun tak tetap disebabkan tukang kira tu lain2 kadang2. Layan diri la
nak makan, mana ada order, tapi kalau malam2 tu nak order tu masuk
dalam la nak order yang lain sikit macam nasi goreng tu.Kalau kat asrama
atau kolej tu boleh la bawa pemanas air, tapi kalau tak bawa boleh
saja minum air water cooler kat asrama. Kalau tak mau boleh beli air
minuman kat kedai runcit. Luar dari UiTM pun ada gerai makan, ikut
sukalah nak makan kat mana2, cuma tak boleh memasak saja dalam UiTM
kecuali megi. Kalau ikut bajet, aku ni makan sehari RM5 ke bawah saja
dah cukup.
Tempat tinggal
Asrama kat sini dipanggil kolej. Satu bilik ada 3 orang. Dalam bilik
tu biasanya campur aduk tak ikut kos pun. Ada katil 2 tingkat, katil
yang atas tu kipas angin tak berasa sangat. Ada meja belajar dan kerusi,
meja tu kena balut dengan plastik. Katil tu kena bawa cadar dan sarung
bantal. Tandas ada beberapa di luar dan berkongsi dengan ramai orang,
kalau dah guna tu jangan lupa flush. Kita hidup dekat kolej ni ada
banyak blok, nak singgah2 bilik kawan tu boleh tapi jangan sampai waktu
tidur tu masih duk ada lagi kat situ. Nak pasang lagu tu agak2 la,
jangan ganggu kawan yang lain.
Riadah
Petang2 atau hujung minggu tu ikut suka hati lah nak guna padang nak
main bola atau nak buat apa2 sekitar universiti, nak bawa gerek pun
boleh. Tempat yang macam gelanggang tu biasanya kena tempah la dulu
kalau nak main. Ada banyak kelab dan persatuan, masuk saja yang mana
suka, tak wajib pun.
Hujung minggu
Biasalah hari Sabtu dan Ahad ni hari cuti, suka hatilah nak tidur
atau nak bersukan atau nak balik rumah. Biasanya ada kokurikulum, yang
ini wajib hadir la 2 jam seminggu sehingga semester 3. Kalau yang dah pi
PLKN semester 1 tak wajib masuk kokurikulum, jangan lupa fotostat
sijil PLKN tu sebagai bukti.
Keluar dari UiTM
Ikut suka hatilah nak keluar UiTM bila2 masa pun tapi, pukul 11 malam
dah tak boleh masuk dalam UiTM, kalau masuk juga nanti pak guard ambil
nama. Macam hujung minggu tu sesuailah nak keluar jalan2 ke mana2.
Kalau ikutkan peraturan kena gantung kad pelajar nak keluar, kalau pak
guard tak perasan tak apa la, lagi satu kena pakai kasut bertutup, itu
pun tak berapa berat sangat la pak guard nak tengok. Tak perlu tulis
nama atau apa2 kat pak guard kalau nak keluar dari UiTM. Nanti kat luar
UiTM ada banyak teksi yang nak bawa pi mana2, harga biasa RM10 kalau
pergi Kangar, kalau jauh sikit kena caj lebih la.Sebenarnya aku
bukannya selalu pun keluar, kalau keluar mesti habis duit banyak nak pi
sana sini.
Kawan-kawan
Suka hatilah nak kawan dengan siapa2 pun. Tak semestinya kawan dalam
kelas sahaja. Habis sangat senyum la, kawan2 ni la kita nak ajak pi
beli makan sekali atau nak pi kelas sama2.
Pensyarah
Nama pensyarah ini sepatutnya kena ingatlah, nanti masa nak jawab
peperiksaan akhir kena tulis nama dia. Pensyarah ini ibarat cikgu la.
Lebih kurang sama saja belajar di sekolah, pensyarah bukannya cakap 100%
Bahasa Inggeris pun, mesti campur Bahasa Melayu punya. Kerja sekolah
tu tak semua lecturer bagi, bukannya dia nak semak macam kat sekolah,
tapi seeloknya kena buat la. Nota tu biasanya pensyarah akan suruh beli
buku yang dia nak, kalau yang tak ada tu salinlah walaupun tak waib
pun menyalin ni. Kalau tak faham boleh tanya, kalau tak faham lagi
boleh pergi bilik pensyarah untuk bertanya.
Kewangan
Duit boleh pinjam PTPTN atau FAMA (father and mother). Agak2 la nak
makan tu, jangan mewah2 sangat dan jangan makan merapu banyak sangat
macam keropok dan air. Duit pinjaman tu memang cukup, diri sendiri la
kena pandai guna untuk belajar, beli buku, laptop dan fotostat. kalau
yang tak mampu tu boleh dapat elaun makan atau zakat. Tapi kalau nak
minta zakat tak boleh pinjam duit PTPTN la, mana boleh banyak2. Akaun
SSPN wajib kalau pinjam PTPTN. Kalau nak bawa
keluar duit kat sini ada Bank Islam dan mesin deposit, Maybank dan
BSN. CIMB kata nak buat tapi sampai la tak buat2 lagi. Bank Islam tu
waktu2 kemuncak memang panjang kena beratur boleh kata sampai nak
bersambung barisan Maybank dengan Bank Islam. Sampai la ni tak tambah2
lagi mesin atm tu.
Kenderaan
Semester 1 dan 2 dilarang bawa kenderaan sebab banyak kes sebelum ni
banyak kemalangan. Mungkin sebab baru dapat lesen kot. Kalau semester 3
dah boleh bawa, tapi kena beli stiker kenderaan la.
Barang2
Barang2 tu agak2 la logik sebagai pelajar nak bawa. Tapi macam
seterika dan barang elektrik tu kena beli stiker dekat Unit Kewangan
apabila keluar arahan suruh pi beli.Kalau tak keluar arahan tak perlu
lagi.Nanti bila disuruh beli tu, satu barang satu stiker, satu stiker
RM10. Kalau ada pemeriksaan dalam bilik, kena saman kalau tak ada
stiker.Kalau malas pinjam saja barang kawan2, tapi tak kan timba pun nak
pinjam kan.
Laptop
Pensyarah menganggap semua mahasiswa kena ada latop sorang satu. Nak
kata wajib tu rasa macam berat tapi sepatutnya kena ada la nak buat
assignment dan sebagainya. Orang yang keluarga dia gaji sikit pun boleh
laptop, inikan pula yang sederhana dan kaya, lagipun duit PTPTN pun
ada. Kalau tak ada lagi tak apa sebab di perpustakaan dengan makmal
komputer ada komputer, boleh guna kalau tak ada orang lain guna.
Broadband tu nak bawa pun boleh, tapi nanti Celcom nak letak pencawang
dia kat UiTM, kiranya line elok la sikit berbanding sebelum ni yang
hanya Maxis saja ok. Tapi kat UiTM pun ada WiFi, tapi tak semua tempat
la ada. Laptop atau komputer kalau nak bawa mestilah ada lock, macam
rantai la untuk laptop tu. Ataupun beli mangga dan simpan laptop dalam
almari dan kunci. Kalau nak keluar bilik tu mestilah kunci, jangan lupa
walaupun pi tandas, kalau dah ada lock macam rantai tu tak apa la.
Minggu orientasi (MDS)
Hari nak daftar tu pakai baju biasa2 saja, tak perlu pun pakai baju
kemeja macam nak pi kerja tu, walaupun ramai yang akan pakai macam tu.
Pagi tu masa nak pi UiTM bawa lah roti sebab nanti ada jem kat UiTM.
Maksudnya ada banyak kereta la, ada yang bawa rombonganlah, tok dan tok
wan pun ada yang mai juga. Minggu orientasi ni banyak ceramah saja,
sabar2 sajalah walaupun tak suka, tapi ada jugak yang penting. Masa
minggu ni ramai yang tak cukup tidur, lepas tu pening2 dan mengantuk tu
biasalah sebab tak cukup tidur. Duk rumah bercuti tidur lewat, bangun
lewat, tiba2 mai sini tidur lewat, bangun awal. Lagi satu pengawalan
masa mungkin ada masalah sikit, tak semua yang akan ikut.Lagi satu kat
sini ramai orang kan, jadi nak makan kena beratur dan makan cepat2 sebab
orang lain tak makan lagi. makan sepanjang minggu ni saja percuma,
lain kali kena duit sendiri. Ada yang tak biasa dengan asrama ni
mungkin akan rindu keluarga dan ada yang rasa nak menangis sebab tak
biasa.
Tarikh daftar
Ikut surat tawaran la kena daftar 21 atau 22 haribulan. Dulu2 tak ada
plak sampai 2 hari macam ni, mungkin sebab ramai sangat kot, 3000
orang.
Rambut
Bagi lelaki potong rambut macam budak sekolah, UiTM ni kerajaan punya
jadi jangan buat macam swasta ikut suka nak rambut panjang.
Kemudahan kolej/asrama
Mesin basuh ada kena syiling RM2, kalau nak guna mesin bagi kering
baju kena RM2… Kedai dobi ada dlm UiTM… peti ais tak ada..water cooler
ada…
Jadual MDS
Sahsiah rupa diri mahasiswa UiTM
Peraturan pakaian siswi semasa belajar
Peraturan pakaian siswa semasa belajar
Inilah senarai biasa kesalahan dalam surat saman:
-Tidak mempamerkan kad pelajar
-Tidak bertali leher/*berbaju batik lengan panjang (lelaki- Isnin)
-Memakai baju tidak berkolar dan *tidak masuk ke dalam
-Memakai seluar koyak/bertampal-tampal/berseluar pendek
-Memakai baju ‘T’ tidak berkolar
-Memakai selipar/bercapal
-Tidak memakai baju kebangsaan Melayu/baju batik (wanita – Isnin & Jumaat)
-Memakai blaus singkat/ketat dan tidak kemas/jarang
-Memakai seluar yang ketat (bagi wanita)
-Berambut panjang/mewarnakan rambut
-Bertindik/memakai subang/gelang/rantai (bagi lelaki sahaja)
Senarai semak untuk mendaftar masuk UiTM Perlis (WAJIB ada)
Download lagu UiTM
Wawasan Setia Warga UiTM
UiTM Di Hatiku
Senarai hotel dan motel kalau ibu bapa ada nak mai:
BORANG BANCIAN PELAJAR UiTM ARAU, PERLIS Kemasuka
Borang bancian ni dibuat khas untuk kenal kawan yang sama course.
Boleh la contact masing2 nak tanya apa2 atau berkenalan.
Isi di sini:
Lepas isi boleh tengok senarai orang lain yg dah isi:
Beritahu kawan2 lain yang dapat UiTM Perlis untuk isi di sini.
Kesimpulan
Sama saja macam kat sekolah, kena pakai pakaian yang ikut peraturan.
Tak perlu pakai pakaian yang sama saja untuk setiap pelajar.Ada kelas
dan penyarah yang mengajar. Cuma bezanya pelajar universiti ni
dipanggil mahasiswa, kalau macam tu kena ada identiti sikit la untuk
digelar mahasiswa ni seperti berdikari dan rajin tanpa perlu disuruh
atau dalam istilah lain berfikiran matang. Lagi satu kena pandai urus
duit sendiri la.
Group UiTM Perlis Kemasukan Jun 2013